FarahAzniL.Com

BloGging for FuN$ & Earn$ MoNey$

Baju Merah Manyaak ONG .

Assalamualaikum w.b.t

Huh . Hari ni sale boleh tahan juga banyaknya . Ada lah dalam 10 biji terjual. Hari ni Farahaznil jaga sorang aje di tempat keja . Tak cukup tangan jadinya . Macam-macam ragam manusia yang datang . Nasib baik terlayan . Haha .

Ini tahun naga air manyak ong . Semua kedai optikal cina tutup . Kedai Optik Seri Cahaya aje yang buka . Tu pasal hari ni sale banyak .Alhamdulillah . walaupun bukan Farahaznil tokey ini kedai . Tapi tumpang gembira dengan rezeki yang datang . Syukur . Haha ..

Kalau hari-hari macam ni pun bagus . Sebab hari biasa cuma dalam 1-3 biji je tempahan . Ikut nasib berniaga . Kadang-kadang 1 hari takde sales pun . Haha . Yelah meniaga pun tengok hari bulan . Tengah bulan semua tengah kopak . Jadi masa tu lah jualan kadang-kadang merundum sikit . Tapi dalam sebulan sales masih lagi boleh maintain . Ok penat mau cerita . Sampai sini aje .Mau balik kije sudahhh. Bye

ps – Haha . Ke sebab baju Farahaznil yang berwarna merah ni bawa ONG ? Tu pasal ramai customer kot..ahakzz


Assalamualaikum w.b.t

Jom layan video ni di hari pertama kita kerja minggu ni setelah kita pun bercuti raya cina . Haha . Smart video ni . Paling tak tahan si zizan yang poyo tu . Haha

ps – Zizan pun lelaki kacak ke?


Selamat Hari Raya Cina – CNY 2012

Assalamualaikum w.b.t

Wokeh jom layan video bawah ni.Ho ho. Buat kaum cina, Farahaznil ucapkan selamat hari raya cina . Haha..Ang Pow ada ka?? Gua belum kawin lagi maaa . So boleh dapat Ang Pow kan ??heheh..Eh Timothy sambut juga ke raya cina ? Huh..Lama tak dengar khabar dari ini mamat . Senyap menghilang aje .

ps – Siapa kenal Timothy ? Haha…Btw , sedih tgk video ni . Mampu tak kita buat mcm tu kat parent  kita nnt? Huh…


Assalamualaikum w.b.t

Ok . Hari ni farahaznil nak start cerita tentang pengalaman farahaznil kena denda di sekolah suatu ketika dahulu . Ye , memang masa farahaznil di sekolah rendah selalu juga kena denda . Macam-macam kena . Biasalah masa di sekolah rendah dahulu farahaznil ni nakal sikit . Tapi nakal-nakal budak pintar . Akhirnya jadi orang juga sekarang ni . Masuk universiti juga . Alhamdulillah..

Sebenarnya banyak cerita tentang pengalaman farahaznil kena denda di sekolah ni . Jadi untuk tidak menyerabutkan kepala . Farahaznil ceritakan pengalaman kena denda di sekolah ini secara berepisod . Hahah . Budak nakal mesti banyak pengalaman kena denda kan ? Weeehuuu..

Pengalaman kena denda di sekolah Pertama

Masa darjah satu dahulu , Farahaznil , tergolong dalam kumpulan pelajar yang pandai . Sebelum diagih-agihkan masuk ke kelas mengikut turutan . Kami semua kena denda duduki satu ujian dahulu . Di sebabkan terlebih pandai dan dapat markah 100% dalam ujian penentuan tersebut , Farahaznil pun masuk lah ke kelas yang paling pertama sekali .

Farahaznil ni jenis pengecut . Huh . Jangan haraplah farahaznil nak duduk depan masa zaman sekolah dahulu . paling kurang pun duduk di bahagian tengah-tengah kelas . Haha . Selamat sikit tak ?? [ Emmphh......Padahal takdenya....Selalu kena denda lagi adalah . Huhu]

Tapi itu semua tak bertahan dengan lama ! Tak sampai 1 bulan farahaznil dah kena tukar tempat duduk dalam kelas. Hoooooooooooo…..jadi femes sebentar di dalam kelas tu . Mana taknya farahaznil kena denda sudaaaah. Kena denda duduk dekat meja hadapan ! Betul-betul depan papan hitam tu . Cikgu pun senang nampak . Malu weehhhh

Nak tahu kenapa kena denda pindah duduk ke hadapan ? Ini semua kes pasal pensil sebatang aje ! Kalau fikirkan tak logik langsung cikgu tu . Tapi takpelah . Benda dah jadi . Paling kurang dapat juga farahaznil pengalaman kena denda di sekolah yang sangat mengarut hanya disebabkan sebatang pensil .

Ok..Alkisahnya begini . Dulu -dulu masa zaman sekolah mesti korang pernah hilang kotak pensil kan ? lagi-lagi budak perempuan . Yelah , dah mak bapak duk belikan kotak pensil cantik . Ada tu canggih manggih . Kotak pensil besi , bila buka je ada 3 tingkat. Huh mestilah senang hilang . Dapat pula kalau korang ada pensil tekan ataupun pensil mekanikal tu . Fuuhhhhhhh..Lagi bahan top kena curi !

Kelas cikgu tu pula start selepas waktu rehat . Farahaznil jangka masa waktu rehatlah penyamun-pemnyamun ni lakukan kerja tersebut . Haha . Bila kelas tu dah start . Farahaznil cari punya cari . Kotak pensil farahaznil dah hilang . Jadi nak tulis guna apa ? Cikgu tu plak jenis kuat suruh murid menyalin . Tanya kawan depan kiri kanan semua kata takde pensil . Huhu…Sedihnyaaaa…Kedekut punya budak !

Akhirnya farahaznil pun tekad  untuk tak salin apa yang cikgu tu tulis . Tup-tup cikgu tu sergah farahaznil .. Hoooooooo …

Cikgu : Kenapa awak tak salin apa yang saya tulis kat depan tu
Farahaznil : Pensil takde cikgu .
Cikgu : Kenapa pula pensil takde ??
Farahaznil : Kotak pensil saya hilang cikgu . Kena curriiii [ sambil nada sedih ]
Cikgu : Alasan…!!!!kenapa kamu tak pinjam pensil dekat kawan kamu ?
Farahaznil : Dorang pun takde pensil …..
Cikgu : !@#$^&%*(

Kukkkkk….

Kepala kena cikuih [ sekeh ]

Cikgu : Dah….mari duduk depan . Saya nak kamu duduk dekat meja ni lepas ni . !@#$%^&(()_

Hahaha. Macam-macam cikgu tu carut . Macam nak nangis pun ada . Rasa kalau dia denda farahaznil masa dah besar macam ni . Macam nak aje tempelengkan kepala cikgu tu plak . Tapi nanti kata kurang adab. Hoho . Malu kot kena bebel dalam kelas . Dah la cikgu tu suara dia kuat . Semua murid lain dengar …

Wahai cikgu-cikgu di luar sana. Kadang-kadang bila kamu nak denda murid pun tolonglah berwaspada. Kadang-kadang cikgu ni pakai pukul aje . Dah lah masa tu farahaznil baru darjah satu . Berlembutlah sikit . Ini nak tunjuk singa dia lebih – lebih . Tapi tak bertempat plak ! Dah la orang tengah sedih kotak pensil kena curi . Dia tambah lagi dengan denda dia . Hoho..Apa baghaal la punya cikgu tu .

Sejak dari hari tu farahaznil terus benci cikgu tu . Tapi mujurlah dia ajar sekejap sahaja . Lepas tu dia ditukarkan ke sekolah lain . Nama dia pun farahaznil tak tahu . Hahahahahaha.Bahagia betul . Kalau lah mak bapak farahaznil ni jenis mak bapak macam zaman sekarang . Mesti dah kena hantam balik cikgu tu. Haha..Kena tinju..Cewah..

Sabar-sabar. Ada lagi pengalaman kena denda si sekolah lagi dashat dari yang ni . Ini cuma permulaan aje . Haha . Yang lain kita cerita hari lain ye . Kena denda yang macam ni kurang ekstrem . Kena tengking aje . Hahahahaha .

ps – Ok . Cukuplah cerita tentang pengalaman kena denda di sekolah takat ni aje . Baru nak warm up kan..haha..Banyak lagi cerita2 hot kena denda akan menyuusul lagi..Hi hi

Pertandingan Pengalaman Kena Denda di Sekolah ini dianjurkan olehAhmadFaizal.com dan Earncent.com dan ditaja oleh AzmanismaContengconteng.com,OhbukuAbrablog.com dan PanduanTNX.com


« Previous Entries  Next Page »
Your Ad Here Your Ad Here Your Ad Here