Pelakon komedi veteran tanah air P Paramasivam atau lebih dikenali sebagai Param, 55, meninggal dunia akibat serangan jantung ketika dalam perjalanan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dari rumahnya di Taman Setia Gombak, Gombak, pagi tadi.
Beliau mula mengalami sakit jantung sejak 15 tahun yang lepas dan sejak dari itu, keadaan pelawak yang fasih berbahasa Melayu itu, tidak stabil.
![]() |
Adik kembarnya Parameshvari berkata, Param kelihatan tenat pagi tadi dan menghembuskan nafas terakhir sebelum sempat tiba di hospital.
“Pukul 5 pagi tadi beliau sudah tenat. Melihat keadaannya kami segera membawanya ke hospital bagaimanapun belum sempat sampai di hospital beliau sudah tidak bernafas lagi,” katanya ketika ditemui di rumah pelakon itu.
Param mencipta nama bersama-sama dengan beberapa barisan pelakon lain seperti AR Badul, Wazata Zain, Datuk Yahya Sulong, allahyarham Yusni Jaafar dan allahyarham R Jaafar.
Mendiang terkenal antara 1970-an dan awal 1980-an dan banyak berlakon filem Melayu dan drama televisyen waktu itu.
Kali terakhir beliau muncul di layar perak ialah menerusi filem Penyamun Tarbus sekitar tahun 1980-an. Filem-filem lain yang turut dibintangi mendiang antaranya ialah Si Luncai, Si Badul dan Anak Tunggal.
Menurut Parameshvari, Param adalah seorang abang yang bertanggungjawab dan sangat mengutamakan keluarga.
“Beliau abang yang baik, beliau sangat menyayangi keluarganya,” kata Parameshvari sambil menitiskan air mata.
Param, yang masih bujang, adalah anak lelaki tunggal daripada enam beradik.
Mendiang berasal dari Negeri Sembilan dan memulakan karier lakonannya pada tahun 1976 sewaktu bekerja di Tampin.
“Beliau akan disemadikan Ahad ini di krematorium Hindu Cheras kerana menunggu tiga orang lagi kakak kami dari Paris dan London yang dijangka tiba selewat-lewatnya petang esok,” kata Parameshvari. BERNAMA
11 Responses
samdaddycool
August 15th, 2009 at 12:19 pm
1.. hilang lagi satu pelakon berbakat tanahair.
IMCurtain
August 16th, 2009 at 10:25 am
2Tahun ni macam banyak je celebrity terkemuka meninggal dunia.
p/s: Want more people to read your blog? Join our blogger community…
Farah
August 16th, 2009 at 7:17 pm
3aku tak kenal klu sebut nama dia je sebenarnya..tp lps tgk muka br aku tahu..hmm..nak buat mcm mn..dah takdir..tp byk dah aku rasa pelakon2..penyanyi2 meinggal dah skrng ni..pelapis yg ada tah hape2 tah aku tgk.. =p
Farah
August 16th, 2009 at 7:18 pm
4IMCurtain – hmm siapakah kau sebenanya…heheh..insyAllah nnt aku join..klu ada masa..mmg aku patut kena join community2 n bg komen kat blog org pun..tp tgk mood meh…
AfzaiAfandi
August 16th, 2009 at 8:37 pm
5Pertamanya : Tahniah dah ada dot com sendiri
Kedua : Layan jugak ngko Si Mendiang Param ni ekk…nak tarik traffik blogger tamil lah tu…padiappa
Faeiz
August 17th, 2009 at 7:41 am
6Farah,tukar link nama aku kat blogroll tu. Blog aku dah tukar skrang. http://faeiz.com . Harap maklum.
cyza
August 22nd, 2009 at 11:22 pm
7Eh…aku tak perasan pulak dia meninggal…
Farah
August 24th, 2009 at 9:06 am
8yelah..mcm mn nak prsn..meninggal dekat2 dgn asri rabbani..huhuhuh…
Farah
August 24th, 2009 at 9:11 am
9Faiez -orait bro…dah ada domain sndr ka??hehe
Farah
August 24th, 2009 at 9:12 am
10hi hi hi..akhirnya beb..ada gak rezeki nak ada dot com sndr..huhuh
nasib baik la aku tak reti nak buat pos tamil beb..klu boleh..konpem…sumanya tamil je yg msk blog aku ni..hehe =p
Faeiz
September 4th, 2009 at 8:05 am
11ya, dah ada domain sendiri cik Farah oi..
RSS feed for comments on this post · TrackBack URI
Leave a reply