demi-rindu-ini-poem-pic

Assalamualaikum w.b.t

Anda dalam dilema rindu?? Saya lah Dr.Cinta atau Dr.Love anda . Oh…Tidak !!! Jangan layan perasaan itu.. Ahhaa..Eh silap2..Layanlah perasaan anda itu dengan seadanya . Dah nak buat macam mana setiap manusia ada hati , nafsu dan nalurinya . Cuma jangan bertindak mengikut perasaan ! Bertindaklah mengikut akal fikiran , kelogikan dan ke….Ke apa??Kecerdasan la..apa lagi.Ho ho ho..

Ada sedikit aku nak kongsikan dengan korang kali ni..hayatinya ok!!!!

Sesungguhnya jika rindu itu dirasai, rindulah pada seseorang yang merindui syahid dijalanNya.

Jika rindu seseorang…moga lebih bertambah kekuatan untuk menyintai Allah…

Jangan biarkan rindu melampaui batas hingga lupa pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaNya…

Dah baca and hayatinya dengan mendalam ? Di sini ingin ku sampaikan sedikit tazkirah . Cewah…mcm la pndi sngt.. Tapi boleh la sikit2 . InsyAllah berkesan punyalah..Terutama buat remaja2 . Tapi sebenarnya tak kisah la siapa pun sebab benda ni siapa makan cili terasa la pedasnya .. Hehhee..

Ok..secubit garam yang ingin aku sampaikan tadi ialah sesunguhnya kalian merasa atau terasa atau lagi..rasa2??Hahaha..merindui seseorang , maka lebih baik kalian semua pindahkan perasaan tersebut kepada merindui yang maha esa . Jika perasaan itu di ubah insyAllah juga hati kalian tidaK PARAH !!!

Aku konpom korang tak faham apa yang aku nak sampaikan kan?Ok sekali lagi aku berceloteh . Jikalau anda mabuk bercinta atau mabuk rindu dengan apa2 lah yang boleh menjejaskan diri anda maka ubahlahlah rindu itu kepada Allah s.w.t ! Ada gunanya jika rindu itu di ubah ! Sesungguhnya Allah lah yang mencipta hati manusia tersebut , takkanlah kamu sebagai makhluknya tak boleh merindui-Nya ?? Ingatlah ada 5 perkara yang kita tak dapat lihat dalam diri kita dan segala makhluk yang dicipta olehnya terutama MANUSIA !!!!!

  1. Bila kita Mati ( Tarikh kematian )
  2. Tempat kematian kita ( Kubur )
  3. Jodoh Pertemuan
  4. Rezeki
  5. Doa yang dimakbulkan

Nampak tu??Jadi apa yang tersirat aku nak sampaikan . Cubalah mencintai Allah s.w.t dan Rasullullah s.a.w dahulu sbelum mencintai yang lain . Justeru dengan itu juga mungkin kalian akan dipertemukan dengan jodoh yang baik . Tak bermakna dengan kata2 ini kita tidak perlu mencari jodoh kita ! Cuma tanamkan dan benamkan di dalam kepala otak bahawa pertemuan itu dirancang olehnya juga . Jadi bersyukurlah dan cintailah Allah s.w.t dahulu kerana Dia-lah perancang segala2nya .

p/s – tak bermakna aku buat post ni aku dah dilamun cinta . post ini sekadar peringatan dan renungan sahaja . sekian