
Assalamualaikum w.b.t
Nabi Ismail lahir ketika Nabi Ibrahim terlalu inginkan seorang anak setelah beberapa tahun berkahwin dgn isteri pertamanya iaitu Sarah. Setelah sekian lama menunggu akhirnya beliau di perintahkan oleh Allah s.w.t utk mengahwini khadamnya , Siti Hajar dan beliau dikurniakan cahaya mata lelaki iaitu Nabi Ismail. Namun kegembiraan tu tidak lama kerana beliau diperintahkan untuk mengorbankan satu-satunya anak yang paling disayanginya itu. Cubalah kita bayangkanlah betapa besar dan kuatnya iman Nabi Ibrahim ketika syariat Allah tu tiba.
Sebenarnya bukan lembu atau kambing itu yang dipandang Allah dalam ibadah korban. Itu hanya simbolik mengingati pengorbanan Nabi Ibrahim dan Ismail tersebut. Malah zaman sekarang sudah ramai yang mampu korbankan beberapa ekor lembu dengan harta yang dimiliki. Namun berapa ramai yang betul-betul menghayati kesan ibadah tersebut. Betul-betul berasa telah mengorbankan sesuatu untuk agama kita.
Dalam kita mencari rezeki dalam dunia ni, seringkali kita lupa saat kematian kita. Bermacam-macam dosa telah kita lakukan. Tapi Allah tetap beri kita umur yang panjang, rezeki yang luas, kesihatan yang baik dan sebagainya. Justeru, cubalah kita berusaha berkorban walau sedikit untuk dekatkan diri kepada Allah. Jauhi perkara yang dilarang dan patuhi apa yang disyariatkan. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih dan Maha Pengampun kepada semua umat manusia. Wallahua’lam.
Nota kaki : Setiap kali melihat binatang dikorbankan, mari kita menyebut “Allahu Akbar” sebagai mengiktiraf Allah itulah yang Maha Besar menentukan ajal setiap yang bernyawa.Selain drpd itu marilah kita sama2 meningkatkan kesabaran kita seperti mana Nabi Ibrahim s.a.w menerima perintah drpd Allah s.w.t . Wallahu A’lam
Wassalam.
7 Responses
zool
November 28th, 2009 at 9:31 am
1Salam Aidiladha juga.. Semoga mendapat sesuatu Hari Raya Aidiladha tahun ni
Farah
November 28th, 2009 at 10:22 am
2zool – slmt hr ry aidiladha juga..Alhamdulillah…ry thn ni boleh lah thn sikit..
samdaddycool
November 28th, 2009 at 11:18 am
3Sama-sam kita hayati sejarah hari raya korban
Farah
November 28th, 2009 at 11:39 am
4sam-betul tu…takut makin lama..generasi kita yg akan dtng..melupakannya
samanosuke_04
November 29th, 2009 at 5:12 am
5salam aidiladha, bukan binatang jer yang perlu dikorban.. diri sendiri pun kena berkorban senanye.. contoh cam bagi sedekah, korbankan tabiat lama yang x elok tue.. etc… hehe
safar
December 3rd, 2009 at 1:47 pm
6salam selamat hari raya qurban.jangan blog terkorban sudahlah.bagaimana
aku nak dapat info.hehehe……
Farah
December 4th, 2009 at 2:21 pm
7samanosuke_04 – yup betul tu..kita duk pk nak korban lembu aje..diri sndr tak pernah nak pk..hohohoho
safar – huhhuh..jgn la ckp mcm tu..kesian la kat blog aku ni..br je nak idup..br stahun jagung..hohoh
RSS feed for comments on this post · TrackBack URI
Leave a reply