
Assalamualaikum w.b.t
Farahaznil mengaharapkan benar dari pembaca semua berhenti sebentar jika ternampak post ni !!! Hanya untuk 5 minit ataupun seminit sepintas lalu pun jadilah . Post kali ni tidak dimulakan dengan bunga2 dan diteruskan dengan kisah En Megat ataupun nama sebenar En.Faisal Amirul Othman . Ataupun klik sini utk ketahui cerita sebenar kesusahan dari hati beliau sendiri!
Sedikit info tentang beliau..Beliau ialah seorang blogger yang pernah menyandang jawatan sebagai IT Senior Engineer di sebuah syarikat tempatan suatu ketika dahulu. Namun kareer beliau berkubur setelah mendapati beliau mengalami penyakit misteri pada 16 Mei 2008 yg menyebabkan beliau terpaksa berhenti bekerja. Menetap di Johor Bahru , sudah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak .

Sebenarnya Farahaznil sendiri kurang pasti apa sebenarnya penyakit misteri En.Megat ini.Namun Farahaznil ketahui penyakit misteri ini dari post blog Samdaddycool suatu kira2 2 tahun lepas.Mengikut pembacaan dan penceritaan En.Megat . Penyakit misteri beliau melibatkan bahagian anatomy dari pinggang hingga ke pinggul . Bahagian2 ini bengkak seperti bisul,pecah,berdarah dan bernanah.Cuba anda bayangkan jika anda berada di tempat beliau.MasyaAllah..Hanya tuhan je tahu bagaimana sakit tersebut.Bak kata pepatah berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya.Disebabkan penyakit tersebut ia membuatkan En.Megat sukar utk kesana kesini.Perubatan secara tradisional dan moden juga telah diusahakan.Namun hailnya masih belum tampak lagi.Dikatakan juga beliau dibuat oleh orang ataupun ada sesuatu yg telah menetap di dalam badannya selama 5 tahun !Wallahu’alam

Dengan keadaan yang sebegitu ,sukar utk beliau mencari kerja.Pernah anda terfikir bagaimana anda hendak menyara keluarga jika pendapatan anda sudah tiada?Mana mahu cari makan?Macam mana dengan isteri dan anak2 di rumah? Makan pasir?Bagaimana pula anak2 yang kecil yang hendak ke sekolah?Yang hendak membesar?Dengan perit keadaan kedua ibu bapanya tiada kerja..Bagaimana mahu mencari sesuap nasi?Walaupun ramai yang berkata rezeki itu ada di mana2…Sekali lagi Allah s.w.t sahaja yang tahu bagaimana keluarga ini diuji dengan ujian-Nya.Kita sebagai manusia tidak lari dengan lumrah kesusahan hidup.Namun cuba anda bayangkan kehidupan En.Megat sekeluarga….

Sudah berapa kali Farahaznil nampak ayat begini yang dipostkan di dalam blog En.Megat , twitter dan facebook beliau.Bukan tak faham..dan bukan juga buat-buat tak faham!Cuma berat tangan ini untuk menulis apa lagi saranan utk beliau.Farahaznil faham apa sebenarnya yang disampaikan oleh beliau. “Mati lebih baik dari cuba minta bantuan” adalah kata2 yg sering diucapkan oleh En.Megat..Kadangkala bila kita meminta bantuan,macam2 perkara akan timbul.Tidak kesemua orang yang menghulurkan bantuan dengan seikhlas2nya.Ada juga diantara mereka mengherdik2 , menghina2 dan bermacam2 lagi sebelum memberi bantuan.Mungkin itu sebabnya En.Megat sering berkata “Mati lebih baik dari cuba minta bantuan”.Farahaznil berharap sangat kepada para pembaca semua mendermalah…tolonglah..bantulah manusia2 sebegini dengan seikhlas2 hati anda.Janganlah timbul perasaan ungkit mengungkit..Wallahu’alam…
![]()
Info tambahan juga didengarkan bahawa En.Megat sekeluarga di usir dari tempat beliau berteduh sekarang.Ya Allah ya Tuhanku,Farahaznil sendiri pun kurang pasti mengapa lepas satu ujian..satu ujian lagi muncul terhadap keluarga ini.Walaupun sekadar pembaca di blog beliau , dari penulisannya mmg dapat di rasakan betapa susahnya kehidupan mereka sekeluarga.Kadang kala ia membuatkan Farahaznil bersyukur dengan apa yang Allah berikan rahmat kepada Farahaznil sekeluarga.Dan ingatlah bahawa kesenangan kita juga boleh di rentap sekelip mata.Ini juga adalah kata2 yang ibu Farahaznil sering ucapkan kepada Farahaznil…InsyaAllah selagi rahmat yang dikurniakan oleh Allah..akan Farahaznil gunakan sebaik2 mungkin..
Rasa2nya cukuplah sampai di sini sahaja.Jadi kepada sesiapa yang ingin hulurkan bantuan untuk ringankan beban yang dihadapi oleh En.Megat sekeluarga boleh lah memberi sumbangan di bank CIMB seperti yang tertera di bawah. Ingat…hari ini hari kita..esok lusa?Kita tahu ??????????????????????
No.Akaun CIMB – 0123 0015 4575 21
Nama penuh – Faisal Amirul othman .
p/s – Anda semua boleh lawati penulisan dari beliau sendiri di sini http://megat.net/ . Kepada En.Megat,jika ada salah info tentang anda sila maklumkan ye!
Wassalam…..
13 Responses
Kreuger
January 10th, 2010 at 9:41 am
1syabas.. anda seorang penulis yang amat bertanggung jawab terhadap rakan blogger. aku sebelum ni ada bagi idea kat en megat. macam macam cara kami cuba ikhtiar untuk membantu tua, tapi duagaan dia memang berat. kebanyakkan apa yang kamu tiulis adalah fakta yang betul. aku pon tak pernah jumpa en. megat tapi aku percaya dia dalam kesusahan. terpikir jugak kalau satu hari dugaan yang sama menimpa diri aku kan.. kat sapa aku nak mengadu. terima kasih sebab entri ni. en. megat mesti terharu.
Note: aku hanya penulis blog picisan hadir untuk membantu rakan blogger. harap ramai yang tampil bantu keluarga en. megat. sedih.. semoga Allah melimpah gandakan rezeki mereka dan juga para penderma kita. amin~
Farah
January 10th, 2010 at 12:26 pm
2Krueger – sy hnya tlng yg mn mampu aje..yup..farah pun rasa mcm tu juga….kesian tgk En.Megat ni..nak kata kita bagi idea..rasa2nya jenuh dah dia berusaha..susah nak kata..berat mata memandang berat lagi memikulnya!!!!!!!!!!!!drpd penulisan en.megat..mmg terasa mcm nak jmpa dia depan mata pun ada.Nak juga kenal insan ni di dalam dunia realiti juga pn ada.
Pasal mengadu plak.Mmg betul..mujrlah rmi blogger yg perihatin..sbb nak diikutkan pengalaman..nak harapkan saudara..mmg kirim salam la..org pandai berkata tapi tak merasa ! manusia mudah berkata..kadang kala bila fikir balik lebih ckp dgn org dari saudara sndr..wallahu’alam
saya pun sebagai seorang penulis blog picisan..tapi dah tanggungjawab kita sebagai manusia tolong sesama sndr..apa yg sy boleh bantu..sy tolong..wlupun sekelumit kuman !
wanwma
January 10th, 2010 at 4:56 pm
3disebabkan inilah saya rasa bagi kita org yg berkemampuan perlu berusaha sekuat hati utk berjaya dan menghulurkan bantuan kepada mereka yg memerlukan..bukan hanya bantuan kewangan tetapi termasuklah bantuan kemanusiaan..
samanosuke_04
January 10th, 2010 at 5:50 pm
4waaaa.. emo rr baca post kali nie.. ingatkan ko review die punye blog tadi.. hoho, tgk2 cuba dapatkan bantuan.. mantap ah!
mancai
January 10th, 2010 at 6:01 pm
5huhuh aku baru tau gak pasal ni kat sini… terima kasih… rakan2 blogger lelain akan cuba membantu… termasuklah aku…
safar
January 10th, 2010 at 6:22 pm
6Berprihatin si Farahaznil ni.huhu… apa salahnya tolong orang dalam kesusahan.setakat mana yang boleh saya tolong.saya akan tolong.sedikit pun bantuan juga.mudah-mudahan cepatlah sembuh sakit abang megat.net kita ni.terasa terharu dengan artikel ”mati”.kami semua akan berdoa.agar cepat sembuh.
zool
January 10th, 2010 at 9:02 pm
7Memang dugaannya cukup besar.. Saya memang follow blog megat dan nampak kesukaran hidup beliau.. bantu yang termampu
Poziabb
January 10th, 2010 at 9:48 pm
8Salam Farah, sebagai saudara seagama, saya amat tersentuh dgn entri ini. Sungguh memilukan! Bolehkah saya copy & paste artikel ini ke blog saya?
ps; kali pertama tau tentang FarahAznil dot Com & Megat dot Net…INSYAALLAH akan ke blog beliau next time!
pss; walau sebesar biji sawi kebaikan yg kita perbuat, pasti mendapat ganjaran!
psss; Saya tahu blog FarahAznil melalui link ini, yg diterima melalui email sebentar tadi.
http://mesticun.co.cc/2009/12/secret-sign-lambang-masonic-di-sejadah/comment-page-1/#comment-161
aizuddin
January 11th, 2010 at 2:40 am
9jom sesame pasang banner..
agar dpt membantu..en meg
http://www.hydir.com/?p=268
samdaddycool
January 12th, 2010 at 12:23 am
10Semoga masalah Megat dapat selesai dengan segera.. Amin.
Farah
January 12th, 2010 at 11:53 pm
11Terima kasih kepada semua yg tolong komen dan cuba membantu…….
poziabb – yup..sy tak kisah..copy lah sebanyak mn yg mungkin…tak salah klu kita nak cuba membantu sesama kita..sy tak marah pun..apa2 pun tq sbb singgah ke blog ni ye1hehe..
aizuddin – yup…jom ramai2 pakat psng banner..yeah..smbil berblog smbil buat amal !
samdaddycool – amin…aku pun turut doakan sama..huhuh
mr.eims @ perfume
January 14th, 2010 at 10:35 am
12Dah pasang banner juga. turut bersimpati dengan masalah en.megat.
& juga aku mcm berbangga dengan blogger malaysia yg perihatin antara rakan blogger.
megat
May 5th, 2010 at 3:47 pm
13aku cuba untuk gambarkan kejadian menimpa aku sedetail mungkin, tetapi ia agak sukar kerana terlalu banyak pendapat sehingga perubatan moden pun tidak mampu buat apa-apa.
kesimpulannya aku masih ragu dengan apa yang terjadi. aku sangat terharu atas penulisan ini. terasa begitu hampir dengan keadaan aku. apa lagi yang dapat aku iring? hanya tangisan yang air matanya sudah kekeringan.
apa pun aku sangat berterima kasih atas entri istimewa ini. hanya ALLAH Yang Maha Mengetahui.
p/s – maaf lambat reply, aku sedang jejak entri yang bersangkut paut dengan entri yang aku pernah terbitkan
RSS feed for comments on this post · TrackBack URI
Leave a reply