siriusstudy326256compressed-main_full

Assalamualaikum w.b.t

Perkataan tak senang cukup menggambarkan macam mana keadaannya.Kalau melibatkan hati,alangkah padahnya lagi ! Farahaznil tidak mahu hati ini menjadi hitam seperti anai2 yang bersarang di setiap kayu-kayu yang tidak berkualiti itu.Tapi apa kan daya..Farahaznil hanya manusia biasa.Hari ini ada beberapa kes yang akan Farahaznil kupaskan , apa yang menyebabkan Farahaznil tak senang hati 1

Kes 1
Hati tak senang dek kerana penulisan di setiap blog tidak berjalan dengan lancar seperti yang di jadualkan.Ini disebabkan oleh berita MOMOKAN SPOT CHECK oleh pihak UIA di tengah malam buta.Di sebabkan tidak dapat update blog dgn lancar banyak perkara yang telah tertangguh dan tidak mencapai seperti yang dikehendaki dan dimimpi-mimpikan sebelum ini.

Kes 2
Kebanyakan Assigment sudah pun siap.Tapi masa untuk ulangkaji setiap subjek amat sedikit.Takut tidak sempat untuk mengulangkaji sepenuhnya.Walaupun macam2 persediaan sudah dibuat,hati tetap tidak yakin.Takut juga dgn pointer untuk sem kali ini.Saya ingin buktikan bahawa saya seorang yg berkualiti di mata org ramai walaupun ramai org yang pandang rendah dgn kebolehan SAYA.Tolong doakan kejayaan saya !

Kes 3
Hak peribadi sering di cerobohi.Memang betul2 tak senang hati!Nak tegur…K*w*n..tapi benda ni lah yg paling membuatkan hidup tak senang.Puas juga fikir apa yg perlu cakap dgn manusia2 sebegini supaya tak berkecil hati.Tapi setiap kali ingin bercakap……BErfikir juga 1000 kali.Memang susah..Yelah org cakap, ‘Fikir dulu sebelum BERCAKAP” . Ini lah padahnya bila nak menjaga hati org..Apa pendapat anda?Tentang PINJAM -> GUNA -> TIADA BAHASA -> TIADA ADAB -> TIDAK BERFIKIR -> dot dot dot dot……

Rasanya cukuplah sampai di sini sahaja.Tak enak untuk menulis keburukan org dan diri saya sendiri dgn lebih terperinci.Jika tersalah kata dan ada yg terbaca.Mohon maaf di pinta.Tapi hati saya..Takkan nak peram aje?Saya pun boleh naik gila !Memang hati tak senang buat sekarang ni.Sakit kepala,badan dan segalanya.Sampai tak tahu nak kata.Jika difikirkan lebih..adakah hati saya sudah menjadi hitam untuk mengasihani org lain?Entahlah..Allah je yg lebih mengetahui ! Wallahu’alam..

Wassalam.