backpain2

Asslamualaikum w.b.t

Sakit Belakang . Sakit sebegini kerap terkena pada orang yang selalu buat kerja berat,salah tidur dan sebagainya.Sakit ni kerap menyerang Farahaznil buat kebelakangan ni.Nak tak nak terpaksa tahan kesakitannya.Punca sakit belakang ni datang mungkin juga disebabkan oleh terlalu lama mengahadap lap top tanpa bersandar,mengangkat barang-barang berat baru-baru ini dan juga mngkin disebabkan oleh tilam yang tak selesa.

Namun takkan kita nak buat endah tak endah aje.betul tak?Tindakan pencegahan perlu diambil sebelum penyakit lebih melarat ! Selain dari menyapu ubat seperti minyak angin,kadangkala Farahaznil juga membeli koyok dan tampal di belakang badan.Hasilnya boleh la bertahan untuk beberapa jam.Kemudian di belah malamnya sakit akan datang balik.Faktor utama mungkin juga disebabkan kurang rehat dan tidur.

Di sini ada Farahaznil mengambil beberapa maklumat di website lain untuk dikongsikan bersama-sama anda.Harap info yang ditulis dapat difahami dengan jelas .

Info sensasi.Haha..rasa-rasanya safar lagi memahami masalah ni kot.Ada juga dikatakn jika kerap melakukan hubungan seks bersama pasangan anda , di masa akan datang(bila dah tua) anda juga akan mengalami sakit belakang..Haha..mungkin kes seks luar biasa kot.Tu pasal ada efek sampai ke tua ! Ho ho ho..Cukuplah cakap pasal seks dekat blog ni.Tak pasal-pasal kena balcklist plak blog ni sebab di cop cakap pasal benda2 seks..Kuang3x ^_^

Definisi: Sakit belakang dikaitkan dengan rasa sakit dan kurang selesa di bahagian belakang badan, biasanya di bahagian bawah belakang badan.

Sebab-sebab: Terdapat banyak sebab-sebab Sakit Belakang. 75% kes sakit belakang tidak dapat dipastikan punca sebenarnya. Manakala 25% kes ini berkemungkinan disebabkan oleh:

  • Otot
    • Otot tergeliat
    • Otot terkoyak disebabkan kecederaan sukan
    • Otot letih
  • Tulang
    • Ruas tulang belakang yang terkeluar atau pecah
    • Pecah tulang belakang
    • Tulang yang cacat
    • Kanse tulang
  • Lain-lain
    • Kedudukan badan yang tidak betul
    • Penyakit Radang Pelvic (PID)
    • Pembesaran atau kanser dalam rongga pelvis
    • Penyakit batu karang
    • Psikologi
      • Berkaitan dengan stres

Tanda & Gejala

Bila perlu berjumpa doktor?

  • Rasa kebas di bahagian punggung, kaki, peha dan kaki.
  • Otot-otot kaki yang lemah atau lumpuh sepenuhnya
  • Rasa sakit yang merebak hingga ke kaki
  • Rasa sakit yang menusuk
  • Pergerakan untuk melakukan aktiviti-aktiviti harian terbatas.
  • Apabila adanya gejala-gejala yang berkaitan seperti :-
    • Fever (demam)
    • Sakit di bahagian perut
    • Rasa sakit semasa membuang air kecil atau air besar.
    • Sakit kepala
    • Berkaitan dengan haid

Komplikasi

Bergantung kepada sebab dan puncanya, sakit belakang yang tidak dirawat boleh menyebabkan komplikasi :-

  • Lemah atau lumpuh otot-otot kaki
  • Kecacatan kekal
  • Kanser yang tidak dapat dikesan

Sekiranya sakit belakang berpunca daripada organ dalaman seperti PID atau sebarang organ dalaman yang berkaitan sakitpuan, jika tidak dirawat boleh mengakibatkan ketidaksuburan dan komplikasi lain.

Rawatan

Sakit belakang yang biasa boleh dihilangkan menerusi :

    • Rehat yang cukup
    • Regangan pada bahagian belakang
    • Fisioterapi
    • Menggunakan ubat sapu
    • Ubat anti inflamasi tanpa steroid

Rawat penyebab sebenar sakit belakang seperti PID dan UTI

Pencegahan

  • Amalkan postur (kedudukan badan) yang betul ketika duduk, berdiri dan mengangkat berat
  • Berehat untuk meregangkan belakang badan
  • Elakkan kecederaan pada bahagian belakang badan
  • Lakukan pemeriksaan kesihatan yang berkala, seperti Pap’s Smear untuk mengesan Kanser Serviks
  • Kekalkan berat badan unggul (nisbah berat dan tinggi).
  • Sekiranya anda telah menopos, dapatkan kalsium yang cukup dan nutrisi yang lain untuk mencegah osteoporosis.
  • Kekalkan cara hidup yang sihat

Pemulihan

Pemulihan melibatkan pengambilan ubat-ubatan seperti NASIDs, Fisioterapi (Pemulihan Anggota) dan Pemulihan Cara Kerja.