Feb 22 2010
Posted by Farah as Sudir, Uncategorized

Assalamualaikum w.b.t
22 Februari 1992 merupakan hari terakhir Allayarham Sudirman Hj.Arshad meninggalkan kita.Mungkin anak muda pada masa kini ada yang tak mengenali seniman yang bernama Sudirman ini.Namun jika anda dilahirkan ketika zaman beliau naik sebagai seorang artis,mungkin anda akan mengenalinya.Ya…Sudirman membawa impak yang besar suatu ketika dahulu tidak kira semasa zaman hidupnya dan juga peninggalannya.
Namun sudah takdir setiap ciptaan Allah akan kembali kepada-Nya . Sudirman merupakan artis yg bukan calang2 hebatnya.Beliau pada zaman tersebut merupakan seorang artis yang mempunyai pelajaran tinggi.Allahyarham juga merupakan seorang bekas peguam.Namun rezeki beliau lebih kepada dunia hiburan.
Kebanyakan lagu Allayarham lebih kepada unsur nasihat.Ada juga yang berkata bahawa lagu beliau amat menusuk hati.Disetiap bait-bait lirik di dalam lagu Allahyarham,beliau menyanyikannya dengan penuh perasaan.Maka ternyatalah flem melayu pada zaman sekarang ni apabila melakonkan cerita yang ala-ala kemasyarakatan akan menggunakan lagu-lagu Allahyarham.Lebih-lebih lagi filem atau cerita arahan Rashid Sibir.
Rasa tidak enak kita bercerita tentang Allayarham Sudir terlalu banyak buat masa ini.Sama-samalah kita sedekahkan sekalung Al-Fatihah kepada beliau.Wallahu’alam….
Lirik lagu Salam Terakhir – Allayarham Sudirman Hj.Arshad
Sampaikan salam buat semua
Salam terakhir salam teristimewa
Kepada kau yang tersayang
Pada teman yang ku kenang
Pemergian ku ini tak dirancang
Usah bertanya mengapa aku
Mengucap salam terakhir kepada mu
Kerna waktu berputaran
Bimbang tak berkesempatan
Melahirkan kerinduan terhadapmu
( korus 1 )
Demi sebuah kenyataan
Yang amat menyakitkan
Aku yang tidak berdaya
Hanya berserah padaNya
( korus 2 )
Salam akhir
Salam yang teristimewa
KepadaNya ku memohon keampunan
MelaluiNya ku beri kemaafan
Kepadamu
( ulang korus1, korus2 )
Andainya aku punya waktu
Masih ku ingin mengulangi semula
Saat indah bersama mu
Sayang tak berkesempatan
Abadikan saja salam ku di ingatan
Salam ku yang terakhir
One Response
samanosuke_04
March 1st, 2010 at 11:10 pm
1al-fatihah… huhu, legend gak dia nie ..
RSS feed for comments on this post · TrackBack URI
Leave a reply