firaun

Api tabiatnya boleh memanaskan, namun
tanpa izin Allah ia tidak boleh memanaskan atau membakar. Ibu Nabi Musa
pernah meletakan Nabi Musa didalam tempat periuk yang panas di atas api,
ketika pasukan tentera Firaun datang untuk mencari bayi lelaki. Namun
Nabi Musa tetap selamat kerana Allah tidak mengizinkan api itu memanas
dan membakarnya.

Bapa Nabi Musa bekerja di istana Firaun. Beliau
mendapat tahu bahawa Firaun ingin membunuh semua anak lelaki setelah
diberitahu oleh nujum istana bahawa akan lahir seorang anak lelaki yang
akan mengalahkannya.

Al-A`raf[127] Dan berkatalah pula
Ketua-ketua dari kaum Firaun: Adakah engkau (wahai Firaun) hendak
membiarkan musa dan kaumnya untuk melakukan kerosakan di bumi (Mesir)
dan meninggalkanmu serta apa-apa yang dipuja olehmu? Firaun menjawab:
Kita akan membunuh anak-anak lelaki mereka dan kita biarkan hidup
anak-anak perempuan mereka dan kita tetap menguasai (menundukkan)
mereka.

Baqarah [49] Dan (kenangkanlah) ketika Kami
selamatkan kamu dari Firaun dan orang-orangnya, yang sentiasa menyeksa
kamu dengan seksa yang seburuk-buruknya; mereka menyembelih anak-anak
lelaki kamu dan membiarkan hidup anak-anak perempuan kamu; sedang
kejadian yang demikian itu mengandungi bala bencana dan cubaan yang
besar dari Tuhan kamu.

Begitu juga semasa Nabi Ibrahim dibakar
oleh Namrud. Namrud memerintahkan seluruh rakyatnya agar menyediakan api
besar hinggakan sampai peringkat burung-burung tidak berani untuk
terbang di atasnya kalau terbang juga mereka akan terbakar kerana
nyalaan api yang besar itu.Setelah sampai masa yang telah ditetapkan,
Namrud pun duduk di atas singgahsana sambil terus melihat kepada api
yang sangat besar itu di dalam hatinya terselit kegembiraan yang sangat
kerana sekejap lagi Nabi Ibrahim akan mati dibakar api, dia gembira
kerana api akan memakan seorang yang tidak mahu beriman dengan tuhan
mereka.Mereka pun mengikat Nabi Ibrahim pada satu tiang seakan-akan
lastik yang besar dan terus Nabi Ibrahim di lemparkan ke dalam api yang
besar itu. Mereka terkejut melihat Nabi Ibrahim kerana ketika mahu
dilemparkan dia begitu tenang sekali langsung tidak meronta-ronta
ataupun melawan. Lebih terkejutlah lagi bila mereka saksikan bahawa Nabi
Ibrahim langsung tidak di makan oleh api bahkan dia boleh berjalan ke
sana sini pula dalam api tersebut.

Anbiya [69] Kami berfirman:
Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim!.

http://nasbunnuraini.wordpress.com/2010/04/07/tanpa-izin-allah/

SEBARKAN ILMU

RASULULLAH SAW
BERSABDA: “Sampaikanlah Pesananku Kepada Umatku Yang Lain Walaupun
Dengan Sepotong Ayat” [ ]