
Assalamualaikum w.b.t
Huhuhu..Lama gila tak update blog.Hampir dalam 2 minggu la juga…Gila la..Drawing asik kena re-do je..Hahahaha..Pening kepala weh.Re-do tu bukanlah masalah besar sebenarnya..Tapi masa yang singkat membuatkan Farahaznil menjadi tak tentu hala dan bermacam-macam lagi..Huuuu…
Ok..Dah2 cukup pasal tu semua.Sekarang kita teruskan ke cerita sebenarnya. Baru2 ini Farahaznil ada sertai Alumni Sek.Keb. Dato’ Manan untuk jadi Fasi..Sepatutnya hanya Alumni sekolah itu sahaja dibenarkan.Tetapi setelah mereka meneliti profail Farahaznil.Maka Farahaznil pun diberi kepercayaan untuk mengikut serta..Anda tahu apa itu Fasilitator ?
Fasilitator adalah seorang manusia biasa yang bekerja dan berfikir secara luar biasa. Mindanya mempunyai wawasan yang tinggi serta jiwanya yang kukuh kepada pegangan hidup yang jelas. Fasilitator juga adalah seorang pembimbing yang mampu mengepalai sekelompok manusia untuk mencapai sesuatu objektif dengan menggunakan setiap ruang dan peluang yang ada disekitarnya. Fasilitator juga harus berperanan sebagai ejen perubah di dalam kelompok manusia itu tadi. Setiap kata-kata mereka akan dipenuhi dengan nasihat dan peringatan berguna buat mereka yang mendengar. Fasilitator akan sentiasa mengajak kelompokan manusia untuk berbuat kebaikan dan meninggalkan kejahatan juga mengajak manusia untuk beriman dengan Allah.
Hi hi hi..Sebenarnya pengalaman jadi fasilitator ni sangat best kalau ianya berjalan dengan lancar..Huhuhu..Malangnya Farahaznil dapat macam-macam cabaran.Tapi kalau tak alami itu semua..maknanya tiada pengalaman terindah mencabar lah kan?Haha..

Di dalam kumpulan yang Farahaznil bimbing terdapat 7 org perserta . Farahaznil turut di temani oleh seorang lagi Fasi , Khalis Khairi yang masih lagi belajar di KUIS . 7 orang peserta ini mempunyai latar yang berbeza-beza.
1. Zikri – Seorang budak lelaki yg sngt sensetif.Semasa PPIC dia menangis sehinggakan satu dewan pndng ke arahnya.
2.Faiq – Seorang pelajar di kelas hadapan tapi berat mulut.Susah betul nak dgr dia bercakap.
3.Farhan – pelajar terlebih hyper-aktif
4.Sukri – Masih lagi merangkak2 membaca.Dah darjah 6 ni!
5-Norhayati – Susah nak beri tumpuan
6.Aisyah – Seorang yg suka berahsia.Susah betul nak tgk kerja dia.
7.Syaimah – Seorang yg berani tampil kehadapan.Banyak sikap positif.

Hahaha..itulah dia pelajar2 yg Farahazanil dapat.Paling tak tahan..semasa adik Zikri yang pakai songkok di dalam gambar atas ni menangis.Dia seorang yang sngt sensetif.Semasa permainan (LDK) Siapa saya ?? Kawan2 di dalam kumpulan dikehandaki untuk menulis tentang apa yg mereka rasa tentang kawan mereka di atas sehelai kertas yang telah ditampalkan di belakang badan masing2.Result-nya….Adik zikri diejek oleh kawan2 yang mengatakan dia seorang yang pendek dan kurang inchi.
Macam2 lagi la pengalamn Farahaznil dapat…Pada hari pertama mmg geram dibuatnya.Pening kepala nak handle budak2 ni..Macam2 pe’el lah katakan.Siap bergaduh dan tak bertegur sapa sesama sndr lagi masa dlm kumpulan.Huh..Memang hilang sabar dibuatnya.Kalau Farahaznil jadi cikgu..Macam mana lah agaknya ya..Habis dah kena balun agaknya..Hi hi hi
Aduhai…Ikutkan hati macam semua benda nak cerita..tapi cukuplah di sini sahaja ye.Panjang2 bukan korang nak baca pun nnt…
p/s- Hihihi..harap2…dapat lagi la Farahaznil ni jadi Fasi..Best wooooooooo
2 Responses
samdaddycool
July 11th, 2010 at 3:35 pm
1memang fenin kalo jadi pembimbing (fasi / tutor / cikgu dsb).. aku memang kurang kredibiliti utk menda2 camtu..
Farah
July 22nd, 2010 at 10:51 am
2sam – hahahahaha..tu sbblah nak jd ckgu jd minor pekerjaan aku nnt klu ssh sngt nak cr keja….nk jf ckgu snang2 dah lah kan..xmo r jd ckgu sains ke…math ke..sejarah ke…bm ke…jd ckgu ngajor lukisan ok la kot…hahahaha..makan gaji buta… =p
RSS feed for comments on this post · TrackBack URI
Leave a reply