Assalamualaikum w.b.t
Ok. Encik Tapir Titan sudah pun bagi amaran terakhir untuk para blogger join pertandingan review 3 artikel berpengaruh di blog beliau . Haha .. Lagi beberapa hari akan berakhir pertandingan ni . Jadi kalau korang nak join . Cepat-cepatlah tulis review. Hi hi..Hadiah pun mantop-mantop ok . Rugi kalau tak nak join ! Klik sini untuk jengah blog beliau .
Hadiah
Pertandingan 3 Artikel Berpengaruh Earncent.com
1. RM50 + Ebook Panduan Tips Innity , Tips Panduan 701 [ Tips 701Panduan ] & Ombak Rindu vs Superblog .” href=”http://www.farahaznil.com/2011/12/tips-innity-tips-panduan-701-ombak-rindu-vs-superblog/”>701panduan
2. RM40 + Ebook Panduan 701panduan
3. RM30 + Ebook Panduan 701panduan
4. RM20 + Ebook Panduan 701panduan
5. RM10 + Ebook Panduan 701panduan
Pertandingan Komen Terbanyak bulan September 2011
1. RM50 + Ebook Panduan 701panduan
2. RM30 + Ebook Panduan 701panduan
3. RM20 + Ebook Panduan 701panduan
Pertandingan 3 Artikel Berpengaruh Earncent.com
Apa yang perlu dibuat dan apakah syarat yang perlu dipatuhi? Ok, baca betul-betul.
1. Korang cuma perlu pilih 3 artikel berpengaruh yang korang rasa terbaik dan mampu mempengaruhi korang tak kiralah dari sudut blogging, buat duit, bisnes, personal dan sebagainya. 3 artikel atau entri tu, korang boleh pilih dari 1095 artikel yang ada dalam blog ini. Cari yang korang rasa sesuai dan mampu meninggalkan kesan dalam hidup korang. Aku tak minta 10 atau 100 artikel, cuma senaraikan 3 artikel tersebut dan cerita secara ringkas mengapa korang pilih artikel tu dan mengapa korang rasa ianya mampu mempengaruhi atau merangsang atau membantu hidup korang. Yang penting, 3 link artikel tersebut mesti hidup dan dipaparkan dalam artikel korang ataupun buat backlink ke artikel di blog Earncent.com yang korang ceritakan dalam blog korang.
2. Tentang nak cerita tu, aku harap tak perlulah panjang berjela dan tak perlulah buat secara bersiri. Cukup dalam 1 artikel sahaja. Korang nak letak gambar ke, lagu ke, nak buat video khas ke, nak apa ke, buatlah. Janji menarik dan kreatif.
3. Pemenang akan dipilih berdasarkan cerita disebalik 3 artikel tersebut. Maksud aku, penyampaian yang kreatif, cerita yang menarik, ayat yang kacak, persembahan yang mantap, kreatif dan mampu membuatkan aku rasa cerita korang paling best dan kacak, aku akan nobatkan sebagai pemenang.
4. Syarat yang perlu korang patuhi sangat mudah. Korang cuma perlu pilih nak subscribe blog aku atau, like fan page earncent.com atau follow Twitter akusahaja. Aku tak suruh korang bayar yuran penyertaan pun. Pilih salah satu, dan bagitau aku diruang komen. Kalau nak buat tiga-tiga sekalipun, takdehal. Tapi kalau korang wat tiga-tiga tu semua, aku yakin korang memang kacak. Haha..
5. Jika korang menyertai pertandingan ini, dengan secara automatiknya korang layak untuk menyertai pertandingan Komen Terbanyak yang akan berlangsung sehingga hujung 30 September 2011. Masa agak singkat berbanding pertandingan sebelum ini. Jadi, pepandailah korang bahagikan masa ye.
6. Artikel terhad untuk bahasa melayu dan bahasa english sahaja. Bahasa lain bukan aku nak diskriminasi. Tapi aku cuma faham dua jenis bahasa ini sahaja dengan baiknya. Bahasa lain, aku kurang kacak sikit. Huh..
7. Jangan lupa, buat juga backlink ke blog ini tentang pertandingan ini. Selepas itu, letak link artikel korang diruang komen artikel ini untuk memberitahu aku tentang artikel korang tu. Aku akan update seminggu sekali tentang artikel yang telah dihantar untuk pertandingan ini.
8. Sekali lagi, aku kata cerita pendek untuk setiap artikel. Tapi kalau korang gian nak tulis panjang-panjang, aku tak menghalang. Yang penting mematuhi peraturan dan syarat pertandingan ini. Janji aku puas hati dan aku suka, itu dah cukup. Tak perlu nak mengarut sangat. Ngarut sikit-sikit aje ye. Kalau korang dah rasa artikel tu cukup kacak, dah molek sangat tu. Hehe..
Pertandingan Komen Terbanyak bulan September 2011
1. Mesti menyertai pertandingan 3 Artikel Berpengaruh Earncent.com.
2. Setiap komen diharap menjawab pertanyaan artikel dan komen rakan yang lain.
3. Setiap komen juga diharap tidak mengarut dan merepek bukan-bukan.
4. Komen berturut yang dibenarkan hanyalah sebanyak 2 kali sahaja. Itupun jika bersebab. Jika merepek yang bukan-bukan, komen korang akan aku tolak mengikut suka hati aku. Haha..
5. Korang boleh komen disemua artikel dalam blog ini. Tak ada masalah.
6. Tarikh tutup untuk kedua-dua pertandingan ini adalah pada 30 September 2011. Lepas jam 12 tengah malam 30 September 2011, komen tidak akan dikira dan artikel yang dihantar juga akan ditolak. Jadi, selesaikan urusan korang sebelum tarikh tutup.
Dan jgn lupa di akhir review 3 artikel berpengaruh earncent.com sila letak…….
Pertandingan 3 Artikel Berpengaruh Earncent.com dianjurkan oleh Earncent.com danAhmadFaizal.com. Hadiah ditaja oleh Abrablog.com dan PanduanTnx.com.
Haha . Bagi korang mungkin hadiah dia nampak macam sikit. Tapi tak bagi aku . Boleh lah tampung sikit-sikit belanja nak gi KK ke nanti . Cewahhhh. Tup tup tak sampai tahun depan 2,3 hari dapat dah habis..Hi hi hi
ps - Wokeh pertandingan 3 artikel berpengaruh earncent.com ni bukan berakhir bulan september 2011 ye . Ianya telah dilanjutkan ke akhir tahun iaitu 31 December 2011 . So korang masih lagi sempat join ok ! Dah aku nak gi tulis review sat nih . Hehe
5 Responses
3 Artikel Berpengaruh Earncent Com By Farahaznil Com | Tempat Wisata Indonesia
December 27th, 2011 at 7:08 pm
1[...] Tentang nak cerita tu, aku harap tak perlulah panjang berjela dan tak perlulah buat Baca Selengkapnya: http://www.farahaznil.com/2011/12/3-artikel-berpengaruh-earncent-com/ [...]
sjiehan
December 30th, 2011 at 8:09 am
2hohoh
cik tom
December 31st, 2011 at 1:14 pm
3rajinnya buat 2 entry sekali..salam kenal..good luck!
10 Blogger-blogger kacak yang berpengaruh | EarnCent.com
January 2nd, 2012 at 11:28 pm
4[...] 2. Tehr 3. Cik Tom 4. Syaisya 5. Ohbuku Pemenang Pertandingan Komen di Blog Earncent.com 1. FarahAznil 2. Sjiehan 3. Tehr 4. Yas 5. Syaisya Dan pemenang yang bertuah yang berjaya menewaskan artikel aku [...]
Bagaimana Menjadi Blogger Kacak
January 5th, 2012 at 6:42 am
5[...] Pertandingan Komen di Blog Earncent.com 1. FarahAznil 2. Sjiehan 3. Tehr 4. Yas [...]
RSS feed for comments on this post · TrackBack URI
Leave a reply